izwa's FotoPage - - Fotopages.com
-@ New Fotopages @-
izwa sekarang ade ade fotopgaes baru......
ni dai website nye......
http://iqwa88.fotopages.com
http://www.flickr.com/photos/iqwa88image
Photography powered by enchantedFOREST
Booking open for June, July, August and so on.
Call me at 03-51265125 or email at enchantedforest@yahoo.com
izwaimage l 0123489963 l yomieru_7@yahoo.co.uk
- Lunching NSTP sports center -
Pelancaran NSTP sports center.....
- @ FArah @ -
-@ hehehhee @-
hehhehehe......
- pizza hut -
- pokok -
SENI FOTO MIKRO
Senifoto mikro memerlukan kesabaran yang tinggi.Sesiapa saja menceburi bidang senifoto mikro boleh melatih menjadi seorang yang tenang dan penyabar!
Tidak ramai yang berminat untuk menjadikan kerja senifoto mikro sebagai bidang tugas kerana ada kalanya memerlukan masa yang panjang ketika menyiapkan kerja. Tapi kerja-kerja senifoto mikro amat diperlukan dalam bidang penyelidikan sains, perubatan, kejuruteraan dan sebagainya.
Dalam dekat ini kerja-kerja senifoto mikro lebih mudah dilakukan dengan adanya peralatan canggih seperti photomicroscope, elektronmicroscope dan seumpamanya. Penghasilan gambar lebih baik dengan alat-lat yang disebut tadi. Namun itu semuanya hanya dipraktikkan oleh para saintis dan doktor di bidang perubatan sahaja.
Kepada pengamal senifoto, bidang mikro boleh membawa mereka merakamkan gambar-gambar serangga, biji benih, kelopak bungga, lebih bermutu dengan membuat kerja-kerja senifoto mikro dengan kamera SLR dan alat tambahannya.
Selain kamera dan lens mikro anda perlu menyediakan alat tambahan untuk kerja-kerja senifoto mikro seperti berikut.
Lens extension
Mikro filter
Bellow
Tripod
Flash/Ringflash
Studio Flash
Lens extension - Lens extension ialah alat yang boleh diletakkan pada lens agar keupayaan mikronya lebih rapat. Contohnya jika jarak maksimum fokus ialah 15cm, anda boleh rapatkan lagi hingga 8 cm. Dengan menggunakan lens extension, objek yang dirakamkan akan lebih hampir dan dibesarkan.
Mikro Filter - Filter yang digunakan dalam menghasilkan gambar mikro boleh diperolehi dengan murah. Filter ini boleh merakamkan gambar dengan gandaan tertentu. Filter mikro boleh diletakan pada lens mikro atau standard..
Bellow - Anda boleh merakamkan gambar dengan lebih kecil umpamanya merakam biji padi, atau permukaan permaidani jika menggunakan bellow. Hasilnya lebih menarik dimana boleh menghasilkan rupa bentuk benang permaidani.
Menghasilkan gambar mikro dengan penggunaan bellow perlu berhati-hati kerana aperture hendaklah dibuka satu atau dua stop. Jika anda tidak berhati-hati hasilnya akan underexpose.
Pastikan ketika rakaman dibuat, kamera diletakkan pada tripod dan lebih baik menggunakan cable reales. Peralatan ini perlu digunakan untuk mengelakkan gambar bergoyang.
Selain menggunakan bellow, anda boleh mencuba teknik terbalikkan lens agar kesan mikronya umpama menggunakan bellow.Sebelum membalikkan lens dengan meletakkan muka depan ke arah kamera, pastikan anda telah menetapkan aperture yang bersesuaian
Kamera dan bellow
Rakam gambar dengan Ringflash
Flash / Ringflash
Flash diperlukan sekiranya keadaan cahaya kurang/gelap. Lebih baik jika anda menggunakan flash yang boleh dilaraskan kedudukannya samaada dengan menggunakan cableflash agar cahaya dapat sampai ke objek. Untuk makluman, kedudukan flash di atas kamera tidak menjamin cahaya akan sampai ke objek.Ringflash merupakan sumber cahaya yang terbaik untuk gambar mikro kerana cahaya yang terhasil terletak dihadapan lens. Pastikan objek yang hendak dirakamkan tidak berkilat (contoh: gelas), atau berada disebalik cermin.
Menggunakan ringflash boleh menghasilkan gambar tanpa bayang kerana bentuk ringflash memberikan cahaya dari sudut bulatan.
Studio flash
- hijau -
ETIKA DALAM BIDANG SENI FOTO:
Dalam apa jua profession yang diceburi, etika dan adap perlu dipatuhi. Begitu juga dalam bidang senifoto. Terutamanya bagi Jurufoto Professional (JP) yang menjadikan senifoto sebagai sumber rezeki. Namun para amatur juga tidak terkecuali kerana senifoto tidak boleh dibandingkan dengan profession lain. Contohnya Peguam, Doktor, Akuantan, Jurutera (sekadar beberapa contoh jawatan professional) mempunyai badan yang mengawal tingkah laku mereka. Jurufoto tidak ada badan begitu. Cuma kalau ada jurufoto akhbar dan majallah yang menjadi ahli dalam Pertubuhan Akhbar peringkat kebangsaan atau negeri yang mengawal mereka.
Jurufoto Amatur (JA) tidak terkecuali. Semua peraturan, etika, adap hendaklah dipatuhi oleh mereka. Jika tidak kerjaya mereka akan menjadi sukar diusahakan kerana tindakan yang mungkin diambil oleh pihak-pihak tertentu.
Secara am, segala etika bergantung pada keadaan di mana jurufoto berada. Di negara kita jurufoto wajib mematuhi undang-undang Malaysia. Samada jurufoto Malaysia atau luar negara undang-undang disini perlu dipatuhi.
Peraturan tertentu seperti di jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat perlu dipatuhi. Mereka mempunyai paraturan khas. Tidak semua kawasan, premis tertentu boleh dimasuki begitu mudah.
Di Malaysia kerajaan menerusi Jabatan Penerangan mengawal dan mendaftar semua petugas akhbar dalam dan luar negara. Begitu juga petugas dari agensi kejaan. Mereka akan diberikan Kad Pengakuan Akhbar. Kad ini akan mencetak nama, pertubuhan yang diwakili. Terdapat gambar sebagai pengenalan.Kad ini perlu dipakai ketika membuat liputan di majlis-majlis yang dihadiri oleh Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Raja, Perdana Menteri dan para menteri.
Namun kad ini tidak menjadi peraturan mutlak, kerana ada majlis-majlis tertentu tidak boleh digunakan kerana penganjur mengeluarkan pas khas acara-acara tertentu sebagai mengawal jumlah kehadiran petugas media.
Mana boleh semua jurufoto membanjiri mana-mana majlis. Contohnya Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran di Istana. Majlis di Parlimen, Majlis Konvokesyen di Universiti. Secara umumnya tidak semua jurufoto boleh masuk ke mana-mana majlis anjuran kerajaan atau syarikat.
Merakam gambar premis tertentu juga perlu diberi perhatian. Tidak semua bangunan boleh dirakam sewenang-wenangnya. Anda boleh ditahan atau disoal siasat jika merakam gambar tanpa kebenaran. Umpamanya di kawasan Istana, bangunan kerajaan, kilang dan sebagainya. Bayangkan jika pihak kilang mengesyaki anda berniat jahat?
Majlis-Majlis Rasmi
Saya ingin menurunkan beberapa etika ketika berada di majlis-majlis rasmi sebagai garis panduan semua jurufoto.
Menjadi satu pemandangan biasa kita melihat jurufoto seperti bebas berada di majlis-majlis rasmi.Sebenarnya tidak. Mereka tetap dikawal oleh pegawai khas yang sentiasa memerhati gerak geri. Jika salah pergerakan, mereka akan diarah keluar!!
Jurufoto juga diarah mengikuti peraturan majlis. Mereka akan ditempatkan di sudut khas. Ada masanya mereka tidak dibenarkan bergerak bebas. Lihat istiadat di Istana yang sering disiarkan oleh TV, anda mungkin tidak terlihat jurufoto bebas. Begitu juga di Parlimen.
Jurufoto tidak boleh berada rapat dengan VVIP atau VIP. Jarak antara 15-20 kaki adalah jarak yang masih di dibolehkan jika di majlis Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Raja, Perdana Menteri.
Jika VVIP berada diatas pentas, jangan merakam gambar dari atas pentas. Jurufoto perlu berada di bawah pentas. Di sinilah lens Telephoto/Zoom digunakan.
Jika berada di majlis makan, jangan rakam gambar semasa tetamu sedang mengunyah makanan. Kalau perlu juga merakam gambar mereka waktu itu minta kebenaran (bukan Raja) mereka.
Pakaian menjadi perkara yang utama ketika anda berada majlis-majlis rasmi. Jika majlis dihadiri oleh Duli-Duli Sultan, pakaian yang sesuai ialah suit lengkap. Jika majlis rasmi lain ialah pakaian bersopan. Jangan memakai TShirt dan Jeans, Seluar pendek!
Namun apa yang mustahak jika anda terlibat dalam apa-apa jua majlis pastikan mendapat peraturan dari pegawai khas dalam majlis tersebut. Selain itu sebagai orang timur yang tinggi nilai sopan santun, fikirlah apa yang baik dalam budaya kita itu adalah yang sesuai dengan majlis tersebut. Takkanlah orang bersopan dalam majlis kita tidak? Yang mustahak kalau boleh ikutilah kursus-kursus protokol jika ada
Begitu juga jika anda terlibat dalam acara sukan, belajar undang-undang jika tidak anda akan berada di tengah padang pulak!
Jurufoto perlu sedar dimana bumi dipijak. Sebagai jurufoto Islam, gunakan Islam sebagai panduan sempurna. Ingat perkara yang Islam larang itu adalah yang perlu ditinggalkan. Jangan musnahkan kemurnian Islam, negara, moral bangsa. Pegang amanah. Jangan rosakkan peribadi orang lain dengan ilmu dan kemahiran anda.
Membentuk keperibadian yang unggul adalah lambang tamadun manusia. Sifat Amanah, Jujur, menyimpan rahsia adalah sifat yang baik perlu ditanamkan pada diri seorang jurufoto. Jangan menggunakan menjadikan senifoto sebagai pisau untuk memusnahkan orang lain. Bentuk peribadi yang mulia untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
- Berbasikal Di tempat sepatutnye -
Benda yg mempengaruhi shutter speed ialah
1. Light condition
2. ISO
3. Aperture
utk lense d50 aperture paling besar ialah f3.5 tapi bila u dah zoom to 55mm dia dah jadik f5.6 rasanya. Yg masa nak snap dia lambat tu pasal dia nak find focus mengikut focus setting yg kita set kan. Tengok ada box hitam kecik dalam viewfinder. Kat situ tapak focus yg lense adjust.
3 Faktor Yg Mempengaruhi Depth Of Field (DOF) atau dalam bahasa melayunya Medan Ketajaman Gambar. Ini huraian lanjut dari apa yang telah dinyatakan.
1) APERTURE
Aperture kecil memberikan depth of field yang luas.
Aperture besar memberikan depth of field yang sempit.
2) FOCAL LENGTH
Wide angle lens memberikan depth of field yang luas
Tele lens memberikan depth of field yang sempit
3) SUBJECT DISTANCE
Subjek yang jauh dari kamera memberikan depth of field yang luas
Subjek yang dekat dengan kamera memberikan depth of field yang sempit
Satu perkara lain yang berkaitan dengan DOF ialah HYPERFOCAL DISTANCE ( HD ). HD ni adalah teknik memfokus untuk mendapatkan ketajaman maksimum dari subjek paling dekat kepada subjek paling jauh dari kamera. Setelah menggunakan kesemua 3 kawalan yang dinyatakan di atas, tempat yang difokus memainkan peranan untuk mendapatkan hasil HD.
Bayangkan anda ingin merakam satu gambar pemandangan dimana ada sebatang ranting kayu 2 meter dari kamera, diikuti dengan subjek lain hinggalah gunung dan awan di tempat paling jauh. Anda ingin dapatkan kesemua benda ini dalam fokus - anda perlu guna teknik HD. Ramai orang salah anggap, memfokus pada infiniti akan dapat ketajaman paling luas, tapi dengan teknik HD, sebenarnya, anda perlu fokus pada satu jarak sebelum infiniti. Hal ini dapat dipastikan dengan melihat tanda pada lens. Tetapi, kebanyakan lens sekarang tidak mempunyai tanda ini. Kalau ada yang berminat huraian lebih jelas utk HD, nanti kita buka satu topik baru.
Nota:
1) Aperture kecil bermakna, lubang yang dibuka itu kecil saiznya, tetapi nombor pada f/stop itu besar. Contoh f/22 = lubang kecil, f/2.8 = lubang besar.
2)DOF luas maknanya, ketajaman gambar diperolehi dari subjek paling dekat hingga subjek paling jauh. Begitu juga sebaliknya.
3)Focal length berkaitan juga dengan angle of view, diukur dalam unit mm pada lens. Contoh kategori focal length ( untuk 35mm )
Fisheye - 16 mm kebawah
Ultra Wide - 18 mm hingga 24 mm
Wide - 28 mm hingga 35 mm
Standard - 50 mm
Short Tele - 70 mm - 100 mm
Tele - 200 mm hingga 300 mm
Ultra Tele - 500 mm ke atas
Sekian, harap tulisan ini dapat membantu.
- berhenti -
Basic on Shutter Speed
Shutter speed bermakna sebanyak mana cahaya memasuki kamera mengikut kadar masa atau kelajuannya.
Kelajuan yg pantas akan membenarkan sedikit cahaya memasuki kamera dan boleh memberhentikan atau mengkakukan sesuatu pergerakan. Kelajuan yang lemah atau kurang, akan mendedahkan lebih banyak cahaya.
Tapi ia tidak sesuai utk mengkakukan sesuatu pergerakan kerana kelajuan itu akan mengaburkan pergerakan objek tersebut. Sekiranya anda mahu memberhentikan larian seorang atlit, penunggang basikal atau apa saja objek yg bergerak, gunakan kelajuan yg pantas atau tinggi seperti 1/500 atau 1/1000 saat.
Kelajuan pantas sebegini juga boleh membekukan percikan air atau kereta F1 di atas trek. Sebaliknya jika mahukan kesan khas pada gambar anda, gunakan kelajuan yg rendah seperti 1/50 atau 1/30 dan seterusnya.
- klcc -